Pages

Subscribe:

Wednesday, 10 October 2012

Ikan tongkol masak kicap

Untuk makan malam hari ini, aku ingin mencuba ikan tongkol masak kicap. Tapi, ianya sedikit berbeza daripada resipi biasa kerana ikan direbus dan tidak digoreng. Dapat kurangkan sedikit minyak dalam makanan (walaupun ada sedikit minyak digunakan untuk menumis. Tak mengapa, kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

Masa penyediaan: 20 minit. (orang yang lebih cekap mungkin boleh siapkan lebih cepat)

Bahan-bahan
Ikan tongkol (dibersihkan dan dipotong) <-- aku mintak orang Carrefour bersihkan dan potong. Jimat masa
2 Asam keping
Garam

Sebiji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sudu cili giling*

Kicap secukupnya. 
Bunga lawang dan cengkih
Halia dihiris.
Ikan direbus.

Cara-cara: 
1. Rebus ikan dalam air. Masukkan garam dan sesudu garam.

sementara menunggu ikan direbus, bolehla sediakan kuah kicap. 

2. Kisar bahan-bahan bertanda *

3. Tumis bunga lawang, cengkih dan halia. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga garing. 

4. Masukkan air secukupnya (kalau ramai makan, banyakkan air). 

5. Masukkan kicap secukupnya. Agak-agak sehingga kuah hitam. Biar sehingga mendidih. 

6. Angkat ikan dari air rebusan dan masukkan dalam kuah kicap yang sedang mendidih. Tunggu 30 saat, kemudian angkat. 

7. SIAP!!

Ikan tongkol masak kicap.

Petua: 
- Ikan direbus dalam air yang diletakkan asam keping supaya isinya kental (tak terlalu lembut). 
-Tujuan ikan digoreng sebelum diletakkan dalam kuah kicap adalah untuk elak isi ikan terlalu lembut. 
-Maka, boleh gantikan sebarang resipi yang memerlukan ikan tongkol digoreng dengan merebusnya dalam air asam keping. 

Selamat mencuba!!

Kita sibuk, tapi kita boleh sediakan masakan sihat!! Say no to unhealthy food.









"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.

1 comments:

Anonymous said...

Salam,
Kalau rajin boleh smoke ikan sbg alternatif rebus.
Vid. ni ada demo.

http://www.youtube.com/watch?v=ifXBHE0ByHI&feature=related

Post a Comment