Pages

Subscribe:

Thursday, 25 October 2012

[Huzaifah] Herbalife week 2

 

Pada awalnya, saya tidak merasakan suami saya perlu menguruskan berat badan. Bagi saya, dia tidaklah terlalu gemuk. Asalkan dia sihat, itu sudah cukup. 

Visceral fat dan body fat yang tinggi. 

Kami berkesempatan mengunjungi Halfest 2012 di PWTC pada 13 Oktober lalu. Di sana, ada satu booth Herbalife yang menawarkan body scan percuma. Penimbang yang digunakan, boleh mengetahui peratusan lemak dalam badan, peratusan air dalam badan, tahap visceral fat (lemak pada perut n organ), berat otot, berat tulang dan lain-lain. 

Agak terkejut kerana mendapati tahap visceral fat suami saya pada tahap yang tidak sihat, iaitu 10. Turut mengejutkan, peratusan lemak dalam badannya adalah pada tahap obese. Bermula hari itu, dia membuat keputusan untuk menurunkan berat badan dan menjaga pemakanan. 


Dia mengambil 2 kali shake setiap hari, segelas tea mix sehari dan herbal aloe dua kali sehari (sejurus selepas bangun tidur, dan sebelum tidur). Di samping itu, dia turut mengambil virgin coconut oil yang mampu menurunkan visceral fat dalam badan. 

Perjalanan selepas 2 minggu. 

Selepas 2 minggu, tahap visceral fat nya turun kepada 9. Ianya masih dalam tahap tidak sihat, namun ianya menurun. Lega rasa hati. Berat badannya juga berkurang kepada 77kg (berat sebelum ialah 81kg). 
Ianya perjalanan yang memerlukan kekuatan dan semangat untuk terus istiqamah sehingga mencapai tahap kesihatan yang baik (visceral fat 4-8). 

Selepas dua minggu.

Tidur tengah hari. 

"Abang dah tak tidur masa lunch hour dah kan?" tanyaku. Ianya selepas 14 hari suamiku menggantikan sarapan dan makan malam dengan shake Herbalife. 

"Tak dah. Sebab Zuhur awal, tak sempat nak tidur." jawab dia. 

"Tapi abang dah tak ngantuk dan penat dah kan walaupun tak tidur waktu lunch?" tanyaku lagi. 

"A'aa." jawabnya. 

"Abang dah makin bertenaga kan? hee.. Badan dah makin sihat lepas dah kurangkan makanan berlemak dan gantikan dengan shake Herbalife." sambungku. 

"Baguslah. Teruskan abang. Sampai visceral fat pada tahap sihat dan body fat pada tahap healthy." aku memberikan semangat. 

Sejujurnya, perjalanan bagi memperoleh badan yang sihat tidak mudah. Namun, disebabkan hasil di hujung perjalanan ini sangat berharga, kami akan terus kuat. Kesihatan ialah hujung perjalanan ini. Semoga kami memperolehnya. 

Moga badan yang semakin sihat dan bertenaga tidak akan disia-siakan dengan melepak, menghabiskan masa tanpa menyumbang kembali kepada pemberi kesihatan dan tenaga, iaitu Allah. 











"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.

0 comments:

Post a Comment