Ramai orang tertinggal sarapan pagi kerana berkejaran ke tempat kerja. Selepas hampir 8 jam perut kosong, badan sangat-sangat memerlukan tenaga dari makanan sihat untuk memulakan hari baru.
"Studies have shown that people who eat breakfast regularly, no matter what type of breakfast they eat, tend to be healthier. The people who skip breakfast, hoping to save on those calories, tend to weigh more than people who eat breakfast every day."
Petikan daripada artikel.
Apabila kita meninggalkan sarapan pagi, kemungkinan untuk menjadi sangat lapar menjelang tengah hari sangat tinggi. Kita juga mungkin merasa lapar sebelum tiba waktu makan tengah hari. Keadaan ini sangat bahaya kerana kita akan mula mencari makanan ringan untuk dikunyah seperti biskut, keropok, gula-gula, kopi dan lain-lain. Maka, bagi orang sebegini, jangan pelik jika dalam umur 40 tahun, anda menghidap diabetis jenis 2.
Sarapan pagi yang sihat dan memberi tenaga juga akan menyebabkan kita kurang lapar pada waktu makan tengah hari. Kesannya, kita akan mengambil kurang makanan untuk makan tengah hari. Maka, bagi yang ingin menurunkan berat badan, mengambil sarapan pagi yang sihat sepatutnya menjadi rutin harian anda.
Untuk sarapan pagi, banyakkan mengambil buah-buahan segar seperti pisang, betik, epal dan lain-lain kerana perut yang kosong pada waktu pagi sangat-sangat bagus untuk penyerapan terus zat-zat di dalam buah-buahan tadi. Ianya juga mudah bagi mereka yang sibuk. Hanya masukkan dua biji epal atau dua biji pisang di dalam beg sebelum ke tempat kerja.
Bagi yang ingin menguruskan badan, dapatkan kalori daripada makanan rendah karbohidrat tetapi tinggi kandungan protein. Contoh makanan yang boleh diambil ialah ayam bakar, dengan telur hancur dan segelas susu. Ianya jauh lebih mudah disediakan berbanding nasi lemak atau nasi goreng.
"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.
0 comments:
Post a Comment