Pages

Subscribe:

Tuesday, 9 October 2012

Kenapa Herbalife.

Dalam post kali ini, yang ingin diceritakan bukanlah keberkesanan dan zat-zat yang ada pada Herbalife kepada pembaca.

Post kali ini lebih kepada berkongsi, sebab kenapa aku sendiri mengambil Herbalife.

Dibesarkan dengan disiplin menjaga kesihatan. 
Mungkin ramai yang masih belum tahu, aku dibesarkan oleh seorang ibu yang sangat menitik beratkan kesihatan. Kami adik-beradik sangat jarang dihidangkan dengan makanan berminyak dan bersantan. Sangat jarang mama nak masak kari, kurma, ayam masak merah dan lain-lain. Kuah yang mama masak selalunya warna jernih sahaja.



Buah-buahan turut mama utamakan. Disebabkan adik-beradik kami ramai, mama akan ke pasar borong untuk membeli 10kg buah-buahan setiap minggu. Kata mama, kalau pergi pasar biasa, memang mahal. Alang-alang nak beli banyak, baik ke pasar borong. So, setiap minggu, rumah kami tidak pernah sepi dengan buah-buahan. Mangga, jambu batu, tembikai, pisang dan lain-lain.

"Habis duit untuk buah tak mengapa." selalu mama sebut begini sewaktu membayar harga buah yang dibelinya.

Sebab itulah, bagi kawan-kawan yang mengenali aku, mereka mengatakan aku sangat-sangat menjaga kesihatan. Sewaktu di Maktab dahulu (untuk KPLI), kawan-kawan yang lain akan beli air milo/ air manis yang lain bersama lunch dan dinner mereka. Namun, aku hanya meneguk air masak.

"Jimat ek Ajah?" soalan yang kerap kali ditanya.

Memang jimat, tetapi aku memang tidak biasa minum air manis bersama lunch atau dinner. Juga, aku kurang gemar air sejuk. Orang yang kenal aku akan setuju apabila aku kata, ke mana-mana Ajah pergi, dia akan pegang botol air besar :) Pergi dinner PNB pun bawak, takut mereka hanya sediakan air manis sahaja.

Orang Islam perlu sihat. 

Kadang-kadang, aku sedih sendiri melihat kawan-kawan yang sama-sama bekerja untuk Islam, tetapi tidak sensitif dengan kesihatan diri. Risau, bagaimana di hari kami sama-sama tua nanti, laratkah untuk menyumbang kepada Islam andai kesihatan sudah tidak baik? Nauzubillah.

Semakin hari, semakin ramai yang sedar tentang kesihatan diri. Alhamdulillah. Suka melihat jihad penurunan berat badan oleh Ustaz Hasrizal, ia sangat-sangat memberi kesedaran kepada ramai pendakwah. Moga kesedaran ini tidak berhenti dan terus menjengah hati setiap pendakwah.


Solusi sibuk.

Syukur, aku dibesarkan dalam suasana yang sangat-sangat berdisiplin menjaga kesihatan. Ianya sudah sebati, sehinggakan aku rasa tak tenang andai tak dapat menyediakan makanan sihat buat suami.

Namun, sejak dua menjak ni, selalu tidak sempat menyediakan breakfast untuk suami. Dulu, sempat juga aku sediakan oat, roti bakar dll. Perlu bergegas ke sekolah untuk mengajar seawal 6.45 pagi tidak memberikan aku peluang menyediakan sarapan untuk suami. Akhirnya, suami terpaksa membeli sarapan (nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dll) di gerai.  T_T

Setelah mencari-cari solusi, aku membuat keputusan untuk mencuba Herbalife sebagai ganti sarapan pagi. Sekurang-kurangnya, aku dan suami mendapat makanan sihat setiap pagi walaupun tidak sempat masak sendiri. Itulah sebab aku menggunakan produk Herbalife. Sebagai meal replacement ketika tersangat sibuk.

Aku turut ambil segelas shake F1 Herbalife jika tak sempat ke kantin membeli makanan tengah hari. Biasanya, kalau ada kelas terus-menerus dari jam 11 sampai 2 petang, kemudian terus sambung mesyuarat jam 2.30 petang.
Product Lover. 

Aku akhirnya sangat sukakan produk Herbalife. Ianya tidak menjadikan aku stress lagi sekiranya tidak sempat makan atau tidak sempat masak sarapan pagi.

Memikirkan betapa ramai lagi kawan-kawan di luar sana yang mungkin berada dalam situasi sama seperti ku, sibuk dan tidak sempat makan, aku mula berfikir untuk bersama bisnes Herbalife dan menawarkan solusi yang sama. Ianya tentu lebih baik daripada skip meal kerana sibuk, atau membeli makanan segera / makan di gerai yang berminyak dan tidak sihat.

Ps: Namun, aku masih berpendirian, masak sendiri dengan menu-menu kurang lemak, garam dan banyak sayur paling baik!! Herbalife hanya jika terlalu sibuk dan tak sempat sahaja :)

Hubungi saya jika anda juga sibuk dan ingin kekal sihat dengan Herbalife!










"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.

0 comments:

Post a Comment