Pages

Subscribe:

Wednesday 5 December 2012

Sarapan dengan nasi lemak?

Nasi lemak ialah makanan sarapan pagi yang paling disukai oleh rakyat Malaysia. Aku pun suka sangat nasi lemak, lagi-lagi dengan sambal mama atau mak (mak mertua). Memang boleh tambah nasi 2 kali.

Di bawah ialah kiraan kalori bagi sepinggan nasi lemak ayam dengan separuh telur rebus.



Jumlah kalori nasi lemak ayam + telur separuh ialah 925.1!! banyak nyaaaa... Serius aku terkejut lepas lihat pengiraan ini. Horror! Tak pelik kalau kita makan nasi lemak hari-hari dan susah nak turunkan berat badan.

Tuesday 4 December 2012

Senaman untuk membesarkan payudara

Jika anda selalu baca majalah-majalah kesihatan, memang ada beberapa jenis senaman yang fokus untuk pemulihan di sesuatu bahagian badan.

Ada senaman untuk mengecilkan lengan, mengempiskan perut dan lain-lain.

Antara lain, ada juga senaman untuk membesarkan payudara. Saya ambil ni daripada website Kevin Zahri, seorang fitness coach yang terkenal.

Senaman ni senang, mudah dan boleh dilakukan di rumah. Cuma sebaiknya anda beli dumbell untuk membantu senaman. Tak mahal pun dumbell ni, RM10 sahaja untuk berat 2 lb.

Senaman sebegini lebih baik dan murah berbanding membeli koset yang berharga ribuan ringgit, krim membesarkan payudara dll produk.

dan tentu sekali ianya selamat kerana ia cara natural.

Kenapa senaman ini berkesan:

"Payudara diperbuat daripada tisu lemak yang duduk di atas otot pectoral. Dengan lakukan senaman tertentu, kita dapat merangsangkan tumbesaran otot pectoral tersebut untuk membesar atau meninggikan kedudukan payudara"

Kevin Zahri

Untuk melihat apakah senaman tersebut, klik link ini --> KLIK

Senaman ni, perlu istiqamah buat setiap hari. Tak lama masa yang diambil, hanya 5-10 minit. Sambil baring-baring di katil, ambil dumbell dan mulakan senaman.

Kalau anda lelaki, tak payah klik ye. Sebab gambar dalam ni tak menutup aurat. Jaga pandangan.

Monday 3 December 2012

Honey roasted Peanut.

Semalam ke kedai lalu ternampak kacang tanah yang besar dan bugar dan sudah dibuang kulit. Teringat honey roasted peanut yang dijual dalam paket kecil di stesyen minyak Petronas, yang mana ianya agak mahal. RM2.50 untuk 100g!! @_@

Benda senang, rugi beli. Baik buat sendiri. Maka aku beli beli 2 paket kacang tanah.

Balik rumah, google di internet, lalu berjumpalah dengan resipi mudah ini.
Resepi diambil dari website ini --> KLIK

Bahan-bahan: 
3 cawan kacang tanah.
2 sudu butter
3 sudu madu
secubit garam

Salad udang dan mangga

Pertama kali lihat resepi salad ini dalam majalah Nur, terus tertarik untuk mencubanya. Mungkin kerana gabungan warna yang cantik. huhu

Hari ini aku cuba buat salad ni, memang sedap. Rasa manis-manis mangga, udang dan sayur-sayuran serta sedikit rasa masam daripada perahan lemon.


Salad yang sudah siap. Sungguh berwarna-warni. Dan sedap! Try it

Bahan-bahan: 
*udang (buang kulit)
*capsicum kuning (potong dadu)
*brokoli
*carrot (potong dadu)

1 biji mangga (potong dadu)
1/2 tomato (potong dadu)
2 sudu air perahan lemon
4 sudu minyak zaitun
secubit garam

Langkah-langkah: 

Carrot, brokoli dan capsicum yang dikukus
1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam pengukus. Kukus selama 5 minit.
2. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul dengan jus lemon, minyak zaitun dan garam.

SIAP!! senang kan? Ambil masa kurang 15 minit untuk disediakan. Kami biasa makan gitu je.



Malas macam mana pun, tak pandai masak macam mana pun, pasti boleh buat salad ni. heee. (memang tu semua ciri aku. Tambah aku suka sayur, maka memang salad la selalu masak)

Ps: Nak tambah sotong pun boleh. Rebus sotong, kemudian potong sikit. Gaul bersama semua bahan di atas.













"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.