Pages

Subscribe:

Wednesday, 5 December 2012

Sarapan dengan nasi lemak?

Nasi lemak ialah makanan sarapan pagi yang paling disukai oleh rakyat Malaysia. Aku pun suka sangat nasi lemak, lagi-lagi dengan sambal mama atau mak (mak mertua). Memang boleh tambah nasi 2 kali.

Di bawah ialah kiraan kalori bagi sepinggan nasi lemak ayam dengan separuh telur rebus.



Jumlah kalori nasi lemak ayam + telur separuh ialah 925.1!! banyak nyaaaa... Serius aku terkejut lepas lihat pengiraan ini. Horror! Tak pelik kalau kita makan nasi lemak hari-hari dan susah nak turunkan berat badan.

Pengiraan ini diambil daripada blog Kevin Zahri, fitness coach yang terkenal (dia bukan coach Herbalife ye, dia memang profesional. hehe)

Kalau anda ambil pakej nasi lemak yang berbeza, boleh buat kira-kira sendiri.

Contoh:

1. Nasi lemak dengan separuh telur rebus.
925.1 - 255 (ayam) = 670.1 kcal

2. Nasi lemak dengan separuh telur rebus dan satu telur goreng
925.1 - 255 (ayam) + 2 x 42.1 (sebiji telur) = 754.3 kcal

*dulu-dulu, aku dan suami selalu beli nasi lemak ni di gerai depan PNB.




Berapa kalori sehari?

Setiap orang, ada jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. Ianya berbeza, bergantung kepada metabolisma badan masing-masing. Kita panggil ia Basal Metabolic Rate (BMR).

Jika kalori makanan > BMR, kalori berbebihan itu akan disimpan sebagai lemak. Yang juga bermaksud, berat anda akan bertambah.

Jika kalori makanan < BMR, berat anda akan berkurang.
(so, kalau nak turunkan berat badan, kena makan dalam jumlah kalori tidak melebihi BMR)


Contohnya, Basal Metabolic Rate (BMR) saya ialah 1102 kcal. Berat saya 48kg. Jika saya nak kekalkan berat 48kg, saya perlu pastikan pengambilan makanan saya tidak melebihi 1102 kcal.

Apa akan jadi kalau saya makan nasi lemak seperti di atas?

Saya hanya ada baki 176.9 kcal lagi sehari (yang mana nak minum shake Herbalife pun xlepas. huhu. Satu shake = 220 kcal). Makanan tengah hari dan makan malam, sudah pasti melebihi 176.9 kcal itu. Akibatnya? Berat badan akan bertambah.

Jika lebih jugak macam mana? Contohnya musim perayaan dan balik kampung?
Saya perlu bakar lebihan kalori tersebut dengan bersenam. Tiada cara lain. Jika terlebih pengambilan, perlu bersenam. Jika tidak, berat badan akan naik melebihi 48kg.

So, nak makan ke lagi Nasi Lemak untuk sarapan? itu pilihan anda. You reap what you sow.
Apa yang kita makan hari ini akan tentukan bagaimana kesihatan kita di hari tua nanti.



Masalahnya, bagaimana nak tahu BMR saya?

Penimbang Tanita saya. Hijau menawan :)

Saya ada penimbang Tanita yang boleh tunjukkan BMR untuk setiap individu. Kalau nak, mesej saya di FB. Ianya percuma. Kalau singgah-singgah datang rumah, mintak dengan saya nak timbang

Dan saya takkan paksa anda beli Herbalife kalau timbang. huhu. Jangan risau. Nak beli atau tak, itu pilihan anda. Saya dah cukup gembira kalau selepas timbang, anda ubah pemakanan dan gaya hidup.

Juga, kalau nak saya ke ofis anda/ rumah anda untuk timbang kawan-kawan sepejabat/ ahli keluarga juga boleh. Caranya? Mesej saya di FB tarikh dan masa yang anda inginkan. Saya akan bincang dengan suami dan maklumkan jika boleh datang atau tidak.

FB saya: www.facebook.com/hamizah.hanapi



Sarapan saya sekarang

Seperti yang semua orang tau, Shake Herbalife. Hanya 220 kcal. Ianya rendah kalori, penuh nutrisi (55 zat, 18 asid amino dan serat) dan mudah disediakan.



Minuman rendah kalori tetapi mengenyangkan. Maka, tak pelik kalau tengok turun berat badan lepas minum. (sebab orang tu dah berjaya kurangkan kalori harian dengan amik shake yang sangat rendah kalori ni)

Dan tak pelik kalau lepas turun berat badan, mereka sembuh daripada penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi etc) sebab shake ni penuh zat. Sebelum-sebelum ni asyik makan makanan berlemak, tak cukup makan sayur dan buah, lepas minum shake, mereka dapat nutrisi seimbang dari shake, lalu turun berat badan, dan yang best, makin SIHAT.

"Kenyang ke minum shake je pagi-pagi? Saya biasa makan nasi lemak."

Banyak orang tanya saya begitu.

Jangan risau, memang kenyang. Mula-mula, memang rasa lapar selepas 3-4 jam minum shake (sebab sebelum ni terbiasa makan nasi lemak). Tapi lepas seminggu dua, perut dah biasa dan sekarang, dah boleh tahan lapar sehingga ke lunch.








"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.

0 comments:

Post a Comment