Pages

Subscribe:

Tuesday 9 October 2012

Siapa saya

Nama diberi, Hamizah Hanapi. Graduan Matematik dari University of Surrey, United Kingdom. Sekarang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.


Saya ialah guru.
Seperti yang sedia maklum, kerjaya guru hari ini tidak seperti dulu. Dulu, guru ialah tenaga pengajar dan pendidik di sekolah. Sekarang, guru diberikan tugas-tugas lain.

Masa praktikum di Pulau Pinang selama 3 bulan dahulu, setiap hari kedengaran guru-guru merungut kepenatan. Apa tidaknya, mesyuarat setiap minggu, kadang, sehingga 3 kali seminggu. Itu tidak dikira lagi guru diminta untuk stay back di sekolah sehingga jam 5 ke 6 petang untuk persatuan, latihan sukan dan perjumpaan pakaian beruniform. Kerja-kerja administration pula semakin bertambah. PBS memerlukan guru untuk memantau setiap pelajar secara teliti. Markah pula bukan sekadar kira dan masuk buku seperti dulu. Ianya perlu di masukkan ke pengkalan data menggunakan internet. Begitulah rungutan guru-guru sekarang. Bukan kerana mereka tidak ikhlas dan passionate menjadi guru, tetapi bebanan yang sudah terlalu banyak.

Setiap petang, wajah guru-guru ini sangat keletihan. Semasa praktikum dulu, aku turut sama keletihan walaupun ketika itu aku masih belum diberikan kerja-kerja administration dan tidak perlu menghadiri banyak mesyuarat. Macam mana la apabila dah mula mengajar nanti. Cuak!



Saya seorang isteri.
Salah satu tanggungjawab isteri ialah menjaga makan suami. Kerapkali kita dengar perkataan ini. Ayat ini bukan sahaja bermaksud isteri perlu pastikan ADA makanan untuk suami setiap kali waktu makan, tetapi isteri juga perlu pastikan makanan suami itu baik (berkhasiat dan tidak mudarat kepada badan).

Aku berkahwin pada September 2010. Misi menjaga kesihatan suami ini sangat aku pegang. Tak mudah untuk ubah pemakanan suami yang sebelum ini menyukai makanan melayu (bersantan, goreng) kepada makanan melayu yang lebih sihat seperti ikan bakar, ayam bakar, sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Ubah sedikit demi sedikit. Mungkin hari ini kita tukar ikan goreng kepada ikan bakar. Bulan depan, tambah masakan sihat lain pula." nasihat ibuku sebelum berkahwin dahulu.

Itulah yang aku pegang. Sehingga kini, Alhamdulillah, suami sudah sangat sukakan ikan bakar, ayam bakar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia juga sudah dapat makan roti wholemeal bagi menggantikan roti biasa yang banyak karbohidrat


Saya seorang ahli gerakan Islam.
Tujuan kewujudan manusia ialah untuk beribadah kepada Allah dan mentaatinya. Juga, Allah ciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Khalifah ialah wakil tuhan di bumi, yang mana kita semua perlu sama-sama jaga agama Allah (menasihati manusia lain, berdakwah, memberi kesedaran Islam dll), dan menjaga kesejahteraan di bumi. Tugas yang besar ini tidak mungkin dapat dilakukan berseorangan. Dan kerana itulah, aku berintima' dengan gerakan Islam. Tanggungjawabnya besar, sejajar dengan ganjarannya yang juga besar. Moga aku terus istiqamah di jalan ini. Sahabat-sahabat, doakan.


Saya sibuk!
Sejak kecil hingga sekarang, aku memang sukakan masa yang terisi. Sangat jarang untuk aku biarkan masa berlalu tanpa melakukan apa-apa. Mungkin kerana itu, aku tidak suka menonton televisyen. Waktu makan pun aku tidak boleh hanya duduk makan. Jika tidak berbual, aku akan makan sambil membaca buku. Dikurniakan pekerjaan yang baik dan dipilih Allah untuk menyumbang kepada Islam, jadual aku tidak kosong seperti dulu lagi, malah menjadi sangat-sangat padat. Kesibukan sekarang aku anggap sebagai nikmat yang Allah berikan agar aku tidak sempat berfikir keburukan orang lain atau melakukan maksiat kepada Allah.

Namun, jadual yang padat itu harus aku susun sebaiknya, agar hak-hak kepada yang berkenaan tidak terabai.

Hak terhadap suami: melayan dan menggembirakan suami, menyediakan pakaian, memastikan tempat tinggal bersih dan selesa, menyediakan makanan sihat.

Hak terhadap jiran: bertegur sapa, sedekah, senyum, ziarah.

Hak terhadap ibu bapa: menghubungi mereka, menggembirakan mereka, menziarahi mereka.

Tidak dilupakan, hak terhadap tubuh badan. Jangan kerana sibuk, kita skip meal. Jangan kerana sibuk, kita makan maggi atau beli makanan segera. Juga, kurangkan makan di restoran kerana kita tak mampu kawal penggunaan minyak, garam, gula dan MSG yang diletakkan. Paling baik, masak sendiri kerana kita boleh pilih nak masak dengan cara bagaimana (sebaiknya bakar dan elakkan goreng), kita dapat elakkan makanan bersantan, juga dapat kurangkan garam dan gula.


Saya dan Herbalife.
Jadual yang terlalu padat, dan pilihan makanan sarapan pagi yang tidak sihat di gerai-gerai menjadi sebab utama aku mula mengambil Shake Herbalife. Pada awalnya, aku agak skeptik kerana aku sangat tidak sukakan supplement seperti pil-pil yang memberikan zat kepada badan. Bagi aku, zat seperti vitamin, fiber dan zat besi paling baik jika kita ambil dari sumbernya yang sebenar seperti sayur dan buah-buahan. Namun, kerana kesibukan, aku mula menggantikan sarapan pagi dengan shake Herbalife.

Dalam fikiran, Shake Herbalife ini tentunya lebih baik daripada nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng yang menjadi menu di gerai sarapan pagi. Nak masak, tidak sempat lagi kerana perlu ke sekolah seawal jam 6.30 pagi. Suami turut bersetuju untuk minum shake setiap pagi kerana memikirkan sarapan pagi lain yang jauh tidak sihat berbanding shake ini.

Kini, aku mula menceburi bisnes Herbalife. Dengan misi berkongsi alternatif sarapan sihat untuk orang-orang sibuk seperti aku. Di Kuala Lumpur terutamanya, orang keluar bekerja seawal 7 pagi. Dengan kesibukan menguruskan persekolahan anak-anak dan mengharungi jalan jem, tentunya ramai yang tidak sempat menyediakan sarapan pagi seperti aku. Bagi yang berminat untuk berubah kepada sarapan sihat dengan Herbalife, boleh hubungi aku.

Shake Herbalife dengan perasa Vanilla, Tropical Fruit, Strawberry dan Chocolate.  TIada dalam gambar, perasa Capucino.  








"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.

0 comments:

Post a Comment