Pages

Subscribe:

Monday, 3 December 2012

Salad udang dan mangga

Pertama kali lihat resepi salad ini dalam majalah Nur, terus tertarik untuk mencubanya. Mungkin kerana gabungan warna yang cantik. huhu

Hari ini aku cuba buat salad ni, memang sedap. Rasa manis-manis mangga, udang dan sayur-sayuran serta sedikit rasa masam daripada perahan lemon.


Salad yang sudah siap. Sungguh berwarna-warni. Dan sedap! Try it

Bahan-bahan: 
*udang (buang kulit)
*capsicum kuning (potong dadu)
*brokoli
*carrot (potong dadu)

1 biji mangga (potong dadu)
1/2 tomato (potong dadu)
2 sudu air perahan lemon
4 sudu minyak zaitun
secubit garam

Langkah-langkah: 

Carrot, brokoli dan capsicum yang dikukus
1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam pengukus. Kukus selama 5 minit.
2. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul dengan jus lemon, minyak zaitun dan garam.

SIAP!! senang kan? Ambil masa kurang 15 minit untuk disediakan. Kami biasa makan gitu je.



Malas macam mana pun, tak pandai masak macam mana pun, pasti boleh buat salad ni. heee. (memang tu semua ciri aku. Tambah aku suka sayur, maka memang salad la selalu masak)

Ps: Nak tambah sotong pun boleh. Rebus sotong, kemudian potong sikit. Gaul bersama semua bahan di atas.













"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.

0 comments:

Post a Comment