Pages

Subscribe:

Tuesday, 9 October 2012

Senaman 15 minit

Sibuk macam mana pun, jangan tinggalkan senaman. Badan manusia perlukan senaman untuk kesihatan jantung dan penyingkiran toksin melalui peluh.

Aku sukakan senaman. Setiap kali selepas jogging atau main badminton, badan akan rasa sangat segar. Namun, sekarang masa semakin tidak mengizinkan untuk bersenam seperti dulu. Hujung minggu dipenuhi dengan tamrin dan program. Hari minggu, pergi awal ke sekolah dan pulang lewat petang. Masa hanya cukup untuk mengemas rumah dan memasak dinner sahaja. (Unless kalau aku dan suami ambil shake juga untuk dinner, maka dapat jimatkan masa memasak dan dapat bersenam).

Memberi seribu macam alasan tidak akan menyebabkan masa bertambah menjadi 25 jam. Usaha setakat yang boleh. Ada 15 minit, buat cara seperti orang yang ada masa 15 minit :)

Aku terjumpa cara senaman yang ringkas dan boleh dilakukan di dalam rumah. Khas untuk orang sibuk seperti kita. Aku biasa lakukan semasa menunggu nasi masak atau kuah di dapur menggelegak. Buat di dapur je. (pastikan tak langgar almari pinggan dah le)




Biasanya aku mulakan gerakan ini. Luruskan kaki dan angkat ke atas. Tangan lurus di sisi. Kemudian, jatuhkan kaki perlahan-lahan.

Buat 20 kali, nescaya kita akan mula rasakan kehangatan senaman. Jantung mula berdegup kencang.





Kemudian, buat sit up sebanyak 20 kali juga.

Kalau suami ada, aku selalu suruh dia pegang kaki macam dalam gambar ni. Sambil bersenam, sambil dengar dia buat lawak. Riadah keluarga :)

Kalau suami tak ada, aku akan beratkan kaki dengan bantal. Jika buat ni, dah terasa peluh-peluh kecil keluar.








Seterusnya, bangun dan mula berlari setempat. Buat perlahan-lahan. Kalau nak variasi dan nak bagi tangan mendapat manfaat senaman, angkat dan jatuhkan tangan semasa larian setempat ni. Buat selama 5 minit.

Kalau nak buat lebih lama pun boleh. Bergantung kepada aktiviti sampingan anda waktu bersenam ni. Kalau bersenam sambil tunggu lauk di dapur mendidih dan empuk, tak boleh la lama sangat. Hangit nanti.

Kalau bersenam sambil menonton TV (macam mama selalu buat), boleh la buat lama-lama.



Akhir sekali, tarik nafas perlahan-lahan dengan hidung, tahan nafas sekejap dan hembus dengan mulut.

Kalau stress, ketika ini kita akan rasa lega sangat-sangat. Buat sambil tutup mata, sangat relaxing.

Aku biasa buat 3 kali.



Selamat bersenam. Amalkan selalu. Kalau mampu buat tiap-tiap hari, bagus sangat. Sambil-sambil masak, atau menonton TV, InsyaAllah semua orang mampu.

Paling kurang, kita bersenam selang sehari. Disiplin kan diri. Ingat tubuh badan pinjaman dari Allah, maka kita harus hantar badan ini (iaitu mati) dalam keadaan terbaik (iaitu sihat).

Kita sibuk, tapi kita masih mampu untuk sihat seperti orang lain. Busy but healthy!!









"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.

0 comments:

Post a Comment