Tajuk hari ini sangat bagus untuk aku. Sungguh Allah sangat sayangkan manusia, diberikan ingatan dari banyak sumber. Sama ada Allah takdirkan kita dengar dari TV (seperti aku pagi ini), dengar dari sahabat, tengok dan lihat dari keadaan orang sekitar dll.
Tajuk hari ini: Urus niaga berlandaskan Islam.
Ustaz berpesan, perniagaan yang diredhai Allah perlu ada tiga ciri:
1. Tidak menghalang kita dari mengingati Allah.
Tanya diri, adakah aku semakin jarang mengingati Allah? Adakah khusyuk solatku terganggu, dek kerana fikiran terlalu memikirkan perniagaan. Adakah dengan perniagaan ini, kita menjadi lebih pemurah dan membantu lebih banyak orang?
Adakah perniagaan ini membuatkan kita semakin berat untuk hadir program-program agama dan memberi kesedaran Islam.
2. Tidak menyebabkan kita mengabaikan solat
Adakah perniagaan ini menyebabkan kita bertangguh untuk solat? Cepat-cepat nak habiskan solat kerana nak melayan customer? muhasabah. Jika ya, ingat kembali, adakah aku nak kejarkan dunia semata-mata tanpa mendapat bersama akhirat?
3. Membayar zakat.
Catat kewangan anda setiap bulan. Perhatikan. Jika cukup haul, jangan lokek untuk membayar zakat. Itu hak Allah terhadap kita. 2.5% sahaja. Tidak banyak. Zakat ini, tiada yang akan periksa akaun kita dan tiada yang akan mengingatkan kita. Kita kena ingat sendiri. Dan ketahuilah, jika sesuatu itu tidak penting dalam diri kita, kita takkan ingat (terutamanya dalam kesibukan).
Keputusan yang berat.
Sejujurnya, sudah lama berfikir, patutkah aku terlibat dengan perniagaan Herbalife ini. Sebab, aku lihat, kawan-kawan Herbalife semuanya sibuk dan perlu selalu keluar. Mampukah aku untuk tambah satu lagi komitmen berbisnes dengan Herbalife tanpa mengganggu komitmen aku terhadap keluarga, jiran dan Islam.
Berat.
Setelah mengambil kira pelbagai keadaan, dan nature kerja guru yang punyai cuti panjang, aku akhirnya membuat keputusan untuk join. Lagipun, stok Corelle sudah habis. T-shirt labuh juga semakin habis. Masanya untuk cuba perkara baru. Herbalife, InsyaAllah.
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.
0 comments:
Post a Comment