Biasa itulah soalan yang ditanya setiap kali aku membuka bekal yang disediakan dari rumah.
Biasa aku bawa sandwich je pun. Jarang dapat masak dan bawa nasi berlauk sejak kerja ni. |
Dan kerapkali kedengaran, kalau ada yang makan di gerai-gerai terkemuka, tanggapan orang terhadap mereka ialah, "Kaya mereka ni."
Makan di KFC, Mc Donald, Domino's pizza, orang pandang tinggi.
Makan makanan yang dibawa dari rumah, ramai yang mencemuh.
Kadang-kadang, jika ambil ikan bakar yang biasanya lebih murah berbanding ikan masak merah/ kari kepala ikan, kita turut ditanya, "jimat ke?"
Maka, tidak pelik andai ada orang yang segan nak bawak bekal dan makan di pejabat atau sanggup mengabaikan pemilihan makanan sihat (ikan bakar, ikan singgang, ulam dll) kerana ingin dipandang tinggi oleh orang yang melihat.
Aku mungkin dilahirkan dengan muka tembok dan tidak hiraukan apa kata orang. Maka, aku tidak berubah walaupun orang kata dan tanya macam-macam.
Bagiku, kalau kita pilih pakaian berjenama kerana glamour, ianya tidak memberi kesan kepada hidup dalam jangka masa panjang.
Namun, jika pemilihan makanan kita hanya kerana glamour dan bukan kerana kualiti dan zat yang ada pada makanan tersebut, jaga-jaga kerana ianya berisiko kepada tubuh anda dalam jangka masa panjang.
Maka, jangan biarkan tanggapan orang mempengaruhi pemilihan makanan seharian kita.
Pilih makanan anda sama seperti anda memilih suami. Kaji baik buruk makanan itu sebaiknya. Apa kesan jika kita ambil dengan kerap dalam jangka masa panjang.
Salah pilih suami, jiwa merana. Salah pilih makanan ketika muda, badan yang akan merana.
"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.
0 comments:
Post a Comment