Memang betul produk Herbalife bukan ubat kurus, tetapi tagline tersebut terlalu memfokuskan "kurus" berbanding memfokuskan pengamalan pemakanan yang sihat. Akhirnya, 'kurus' menjadi motivasi orang apabila mengambil produk Herbalife.
Kenapa motivasi kurus bermasalah?
Katakan, ada seorang yang berbadan besar, ingin menguruskan badan. Motivasi dia ialah kurus. Dia sanggup mengambil produk sihat Herbalife untuk tujuan itu. Kurus ialah motivasi dirinya. Ada kemungkinan, dalam dirinya, kesedaran untuk menjaga kesihatan tidak terlalu ada.
Namun, setelah kurus, adakah dia akan meneruskan pemakanan sihat sebagaimana dia 'pantang' sewaktu hendak kurus dahulu?
1) Tidak jika dia masih tidak punyai kesedaran.
2) Ya, jika dia build kesedaran itu dari semasa ke semasa dalam proses penurunan berat badan.
Untuk orang yang pertama, orang ini ada kemungkinan untuk menjadi orang yang kurus tetapi tidak sihat. Ingat, tidak semua orang yang kurus itu sihat. Saya ada seorang kawan yang sangat langsing, tetapi setiap hari akan minum 2 tin air bergas dan akan minum minuman manis setiap kali selepas meal. Jelas dia tidak sihat walaupun dia kurus.
Maka, kerana itu saya lebih suka untuk mempromosikan hidup sihat. Apabila anda mengamalkan makanan sihat, automatik badan anda akan kurus. Dan orang ini, kerana motivasinya adalah 'sihat' dan bukannya 'kurus', setelah dia kurus nanti, dia akan terus menjaga kesihatan. Dia adalah si kurus yang sihat!
Sihat dengan pemakanan.
Untuk sihat, tidak semestinya ambil Herbalife. Asalkan anda jaga pemakanan, kawal nafsu untuk makan makanan berlemak, manis dan menguatkan diri memakan lebih sayur, buah dan makanan high fiber (gantikan roti biasa dengan wholemeal dan beras biasa dengan beras perang).
Seperti ibu saya (mama), tidak pernah amalkan Herbalife dalam hidupnya. Tetapi badannya tidak gemuk dan sihat (Alhamdulillah) walaupun setelah melahirkan 7 orang anak dan sekarang sudah mencapai umur 52 tahun.
Saya melihat disiplinnya menjaga pemakanan sejak kecil. Pagi, mama akan minum jus tomato + lobak merah + timun + sawi. Pendek kata, dia akan kisar segala sayur yang ada dalam peti ais untuk dijadikan jus. Itulah sarapan paginya. (Pernah tanya, sedap ke tak. Mama kata, telan je. huhu. Maka, aku anggap jus tu tak sedap, tetapi mama minum kerana motivasi mama untuk kekal sihat sangat tinggi)
Mama selalu minum air kosong. Jika melawat rumah orang pun (orang yang dia betul-betul rapat terutamanya adik-beradik), dia akan minta air kosong.
Jacob's. Adik-adik di rumah panggil ni biskut mama. |
Mama juga tidak makan biskut-biskut manis yang biasa kita makan. Biskutnya ialah biskut high fiber.
Jika sibuk.
Bagi yang sibuk, dan sudah ada kesedaran tentang kesihatan diri, bolehlah mencari alternatif lain yang masih sihat, tetapi mudah dan cepat disediakan.
Aku memilih Herbalife. Shake Herbalife sudah punyai cukup zat dalam kuantiti seimbang dan ianya mengenyangkan. Ianya boleh menggantikan pengambilan makanan kita apabila sibuk. Aku ambil shake Herbalife sekali sehari masa sarapan kerana tidak sempat menyediakan sarapan yang baik. Suami juga minum (kerana bini sibuk nak ke sekolah.. hehe).
Sesekali ada mesyuarat pada waktu tengah hari dan aku berkejaran nak solat dan baring sekejap, aku akan ambil shake juga. Ia bagi menggantikan makan tengah hari yang aku tidak sempat ambil.
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.
0 comments:
Post a Comment