Pages

Subscribe:

Wednesday, 31 October 2012

Memilih makanan, jangan hanya kerana glamour

Makan makanan yang dimasak dari rumah, biasanya, kalau orang nampak, akan ditanya, "Masak sendiri? Jimat ke?"

Biasa itulah soalan yang ditanya setiap kali aku membuka bekal yang disediakan dari rumah.

Biasa aku bawa sandwich je pun. Jarang dapat masak dan bawa nasi berlauk sejak kerja ni.

Sunday, 28 October 2012

Chicken sandwich with curry dressing.


Hari ini aku mencuba satu resipi yang aku ambil di sini
Tetapi aku ubah suai sedikit bagi memudahkan kerja dan mengikut citarasa sendiri.


Bahan-bahan:
3 keping roti
Ayam (bahagian dada)
2 sudu besar mayonnaise
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh lada sulah
bawang merah
secubit garam

Lain-lain: Cheese dan timun dihiris nipis.

Friday, 26 October 2012

Semudah 1,2,3


Apa yang semudah 1, 2, 3 tu?

Program penurunan berat badan dengan Herbalife. Ianya semudah 1, 2, 3. 

1) Makan satu hidangan biasa dalam sehari. Sama ada waktu lunch atau dinner. Banyakkan sayur dan lauk. Juga, sebolehnya gantikan nasi putih dengan beras perang. 
1 x  

2) Ambil 2 kali shake Herbalife sehari. 

2 x 

Stuffed Peppers

Resipi ini sangat sedap. Aku ambil dari blog ini (klik SINI), cuma diubahsuai sedikit. Resipi asal, stuffed peppers ini digoreng tetapi, untuk mengurangkan pengambilan makanan berminyak, kita bakar dalam oven sehingga daging masak.


Bahan-bahan: 
2 biji lada benggala hijau. 
1/2 biji bawang besar@hirisan daun bawang ( dicincang halus) 
1/2 biji telur ( dikocak sedikit menggunakan garpu) 
sedikit lada sulah dan garam
250gram daging ayam cincang
1/4 cawan breadcrumbs. 


Untuk Kuah atau Sos
2 sudu besar kicap 
2 sudu kecil tepung jagung ( dicampur dengan sedikit air )
100 ml katsuo dashi ( boleh ganti dengan kiub pati ayam) 

sedikit minyak masak dan tepung gandum.


Thursday, 25 October 2012

[Huzaifah] Herbalife week 2

 

Pada awalnya, saya tidak merasakan suami saya perlu menguruskan berat badan. Bagi saya, dia tidaklah terlalu gemuk. Asalkan dia sihat, itu sudah cukup. 

Visceral fat dan body fat yang tinggi. 

Kami berkesempatan mengunjungi Halfest 2012 di PWTC pada 13 Oktober lalu. Di sana, ada satu booth Herbalife yang menawarkan body scan percuma. Penimbang yang digunakan, boleh mengetahui peratusan lemak dalam badan, peratusan air dalam badan, tahap visceral fat (lemak pada perut n organ), berat otot, berat tulang dan lain-lain. 

Agak terkejut kerana mendapati tahap visceral fat suami saya pada tahap yang tidak sihat, iaitu 10. Turut mengejutkan, peratusan lemak dalam badannya adalah pada tahap obese. Bermula hari itu, dia membuat keputusan untuk menurunkan berat badan dan menjaga pemakanan. 

Period tidak teratur?

Aku ada beberapa orang rakan yang berbadan agak besar dan mempunyai masalah period tidak teratur. 3 bulan sekali baru period. Ada yang terpaksa ambil ubat untuk period kerana tidak period dalam setahun.

Teringat satu sesi berkongsi kejayaan penurunan berat badan 30 orang yang naik ke pentas dalam event Herbalife di Taman Melawati tempoh hari. Ramai wanita yang berbadan besar mengatakan setelah menurunkan berat badan, period mereka kembali teratur.

"Saya turun ** kg dan masalah period tidak teratur saya sudah pulih."

Begitulah kata-kata majoriti yang naik ke pentas pada event hari itu untuk berkongsi kesan penurunan berat badan yang mereka.


Aku mula berfikir, "Apa kaitan antara kegemukan dan period tidak teratur?"

"Macam mana penurunan berat badan dapat membantu memulihkan keadaan period tidak teratur itu?"

Khasiat Aloe Vera

Herbalife mempunyai satu produk untuk kesihatan sistem penghadaman kita.

Produk daripada Aloe Vera. Pada mulanya, aku agak skeptik. Sejak bila pula Aloe Vera baik untuk sistem penghadaman? Dulu aku letak kat muka je aloe vera ni, untuk melembabkan kulit.

Pelik. Maka, seperti biasa, aku menekan google dan mula membaca tentang khasiat aloe vera.

Produk Herbalife iaitu Herbal Aloe

Sunday, 21 October 2012

Obesity and migraine. Chicken or egg?

Aku pernah menghadiri satu event training Herbalife 2 minggu lepas. Ada satu sesi di mana dalam 30 orang akan naik ke pentas dan berkongsi berapa kilogram sudah mereka berjaya kurangkan dan perubahan terhadap kesihatan mereka.

Apa yang menarik, 90% yang naik ke pentas itu mengatakan, "Saya turun ** kilogram. Sebelum ini, saya ada migraine teruk. Selepas Herbalife, migraine saya hilang."


Pelik.

Tak pernah pula aku dengar kegemukan boleh menyebabkan migraine. Dan pemakanan sihat boleh mengurangkan risiko migraine.

Maka, aku mula membaca beberapa artikel di internet tentang kaitan antara kegemukan dan migraine.

Adakah kegemukan boleh menjadi penyebab migraine?

Wednesday, 17 October 2012

Jadikan sarapan pagi wajib bagi anda.

Membaca pelbagai artikel di internet, terjumpa satu artikel menarik tentang kepentingan sarapan pagi.

Ramai orang tertinggal sarapan pagi kerana berkejaran ke tempat kerja. Selepas hampir 8 jam perut kosong, badan sangat-sangat memerlukan tenaga dari makanan sihat untuk memulakan hari baru.

"Studies have shown that people who eat breakfast regularly, no matter what type of breakfast they eat, tend to be healthier. The people who skip breakfast, hoping to save on those calories, tend to weigh more than people who eat breakfast every day."
Petikan daripada artikel. 


Friday, 12 October 2012

Ingatan untuk orang yang berbisnes

Alhamdulillah, selepas sehari mendaftar sebagai Herbalife distributor, aku dipilih oleh Allah untuk mendengar slot Tanyalah Ustaz di TV9, oleh Ustaz Aznan, Presiden Penasihat Syariah Malaysia. Peringatan yang baik oleh Allah.

Tajuk hari ini sangat bagus untuk aku. Sungguh Allah sangat sayangkan manusia, diberikan ingatan dari banyak sumber. Sama ada Allah takdirkan kita dengar dari TV (seperti aku pagi ini), dengar dari sahabat, tengok dan lihat dari keadaan orang sekitar dll.
Tajuk hari ini: Urus niaga berlandaskan Islam. 

Ustaz berpesan, perniagaan yang diredhai Allah perlu ada tiga ciri:

Thursday, 11 October 2012

Sihat, motivasi sebenar.

Sejujurnya, walaupun saya menjual Herbalife yang diketahui ramai sebagai produk penurunan berat badan yang berkesan, saya kurang gemar menggunakan tagline, "Lose weight now, ask me how".

Memang betul produk Herbalife bukan ubat kurus, tetapi tagline tersebut terlalu memfokuskan "kurus" berbanding memfokuskan pengamalan pemakanan yang sihat. Akhirnya, 'kurus' menjadi motivasi orang apabila mengambil produk Herbalife.

Kenapa motivasi kurus bermasalah?

Katakan, ada seorang yang berbadan besar, ingin menguruskan badan. Motivasi dia ialah kurus. Dia sanggup mengambil produk sihat Herbalife untuk tujuan itu. Kurus ialah motivasi dirinya. Ada kemungkinan, dalam dirinya, kesedaran untuk menjaga kesihatan tidak terlalu ada.

Namun, setelah kurus, adakah dia akan meneruskan pemakanan sihat sebagaimana dia 'pantang' sewaktu hendak kurus dahulu?

1) Tidak jika dia masih tidak punyai kesedaran.
2) Ya, jika dia build kesedaran itu dari semasa ke semasa dalam proses penurunan berat badan.

Untuk orang yang pertama, orang ini ada kemungkinan untuk menjadi orang yang kurus tetapi tidak sihat. Ingat, tidak semua orang yang kurus itu sihat. Saya ada seorang kawan yang sangat langsing, tetapi setiap hari akan minum 2 tin air bergas dan akan minum minuman manis setiap kali selepas meal. Jelas dia tidak sihat walaupun dia kurus.

Wednesday, 10 October 2012

Salad timun dan tomato

Salad ini sangat mudah dan cepat disediakan. Juga sangat membuka selera kerana ianya masam-masam lemon.

Biasanya, aku buat salad ni bila rasa tawar mulut (teringin nak makan benda masam) atau apabila masa terlalu suntuk untuk memasak.

Masa penyediaan: 5 minit.


Salad yang siap untuk dimakan :)

Bahan-bahan: 
1/2 tomato.
1/2 timun.
1/4 bawang merah (shallot sedap untuk salad)
1 sudu besar minyak zaitun
1/4 sudu kecil garam
2 hiris lemon (perah dan ambil airnya)

Ikan tongkol masak kicap

Untuk makan malam hari ini, aku ingin mencuba ikan tongkol masak kicap. Tapi, ianya sedikit berbeza daripada resipi biasa kerana ikan direbus dan tidak digoreng. Dapat kurangkan sedikit minyak dalam makanan (walaupun ada sedikit minyak digunakan untuk menumis. Tak mengapa, kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

Masa penyediaan: 20 minit. (orang yang lebih cekap mungkin boleh siapkan lebih cepat)

Bahan-bahan
Ikan tongkol (dibersihkan dan dipotong) <-- aku mintak orang Carrefour bersihkan dan potong. Jimat masa
2 Asam keping
Garam

Sebiji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sudu cili giling*

Kicap secukupnya. 
Bunga lawang dan cengkih
Halia dihiris.

Tuesday, 9 October 2012

Kenapa Herbalife.

Dalam post kali ini, yang ingin diceritakan bukanlah keberkesanan dan zat-zat yang ada pada Herbalife kepada pembaca.

Post kali ini lebih kepada berkongsi, sebab kenapa aku sendiri mengambil Herbalife.

Dibesarkan dengan disiplin menjaga kesihatan. 
Mungkin ramai yang masih belum tahu, aku dibesarkan oleh seorang ibu yang sangat menitik beratkan kesihatan. Kami adik-beradik sangat jarang dihidangkan dengan makanan berminyak dan bersantan. Sangat jarang mama nak masak kari, kurma, ayam masak merah dan lain-lain. Kuah yang mama masak selalunya warna jernih sahaja.

Allah tahu kita penat



Suka sangat poster ni. Kerana itu aku kongsikan di blog.

Bagi insan-insan yang sibuk, lihatlah kesibukan itu sebagai nikmat yang Allah beri. Allah nak kurangkan masa kita daripada melakukan perkara-perkara lagha (melalaikan).

Lihatlah apabila kita sibuk, kita tidak lagi sempat menonton TV. Mata, pendengaran dan iman terjaga daripada aurat, hiburan melampauu dan cerita-cerita tidak bermoral di TV.

Mungkin Allah tahu kita jenis yang tak mampu mengawal nafsu untuk melakukan perkara-perkara lagha. Maka, Allah bantu kita, dengan memberi tugasan dna tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Allah bagi sibuk tanda Allah sayang.

Sentiasa ingat begitu. InsyaAllah, dalam kesibukan itu akan membuatkan kita tersenyum.










"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.

Senaman 15 minit

Sibuk macam mana pun, jangan tinggalkan senaman. Badan manusia perlukan senaman untuk kesihatan jantung dan penyingkiran toksin melalui peluh.

Aku sukakan senaman. Setiap kali selepas jogging atau main badminton, badan akan rasa sangat segar. Namun, sekarang masa semakin tidak mengizinkan untuk bersenam seperti dulu. Hujung minggu dipenuhi dengan tamrin dan program. Hari minggu, pergi awal ke sekolah dan pulang lewat petang. Masa hanya cukup untuk mengemas rumah dan memasak dinner sahaja. (Unless kalau aku dan suami ambil shake juga untuk dinner, maka dapat jimatkan masa memasak dan dapat bersenam).

Memberi seribu macam alasan tidak akan menyebabkan masa bertambah menjadi 25 jam. Usaha setakat yang boleh. Ada 15 minit, buat cara seperti orang yang ada masa 15 minit :)

Aku terjumpa cara senaman yang ringkas dan boleh dilakukan di dalam rumah. Khas untuk orang sibuk seperti kita. Aku biasa lakukan semasa menunggu nasi masak atau kuah di dapur menggelegak. Buat di dapur je. (pastikan tak langgar almari pinggan dah le)

Siapa saya

Nama diberi, Hamizah Hanapi. Graduan Matematik dari University of Surrey, United Kingdom. Sekarang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.


Saya ialah guru.
Seperti yang sedia maklum, kerjaya guru hari ini tidak seperti dulu. Dulu, guru ialah tenaga pengajar dan pendidik di sekolah. Sekarang, guru diberikan tugas-tugas lain.

Masa praktikum di Pulau Pinang selama 3 bulan dahulu, setiap hari kedengaran guru-guru merungut kepenatan. Apa tidaknya, mesyuarat setiap minggu, kadang, sehingga 3 kali seminggu. Itu tidak dikira lagi guru diminta untuk stay back di sekolah sehingga jam 5 ke 6 petang untuk persatuan, latihan sukan dan perjumpaan pakaian beruniform. Kerja-kerja administration pula semakin bertambah. PBS memerlukan guru untuk memantau setiap pelajar secara teliti. Markah pula bukan sekadar kira dan masuk buku seperti dulu. Ianya perlu di masukkan ke pengkalan data menggunakan internet. Begitulah rungutan guru-guru sekarang. Bukan kerana mereka tidak ikhlas dan passionate menjadi guru, tetapi bebanan yang sudah terlalu banyak.

Setiap petang, wajah guru-guru ini sangat keletihan. Semasa praktikum dulu, aku turut sama keletihan walaupun ketika itu aku masih belum diberikan kerja-kerja administration dan tidak perlu menghadiri banyak mesyuarat. Macam mana la apabila dah mula mengajar nanti. Cuak!



Saya seorang isteri.
Salah satu tanggungjawab isteri ialah menjaga makan suami. Kerapkali kita dengar perkataan ini. Ayat ini bukan sahaja bermaksud isteri perlu pastikan ADA makanan untuk suami setiap kali waktu makan, tetapi isteri juga perlu pastikan makanan suami itu baik (berkhasiat dan tidak mudarat kepada badan).

Aku berkahwin pada September 2010. Misi menjaga kesihatan suami ini sangat aku pegang. Tak mudah untuk ubah pemakanan suami yang sebelum ini menyukai makanan melayu (bersantan, goreng) kepada makanan melayu yang lebih sihat seperti ikan bakar, ayam bakar, sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Ubah sedikit demi sedikit. Mungkin hari ini kita tukar ikan goreng kepada ikan bakar. Bulan depan, tambah masakan sihat lain pula." nasihat ibuku sebelum berkahwin dahulu.

Itulah yang aku pegang. Sehingga kini, Alhamdulillah, suami sudah sangat sukakan ikan bakar, ayam bakar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia juga sudah dapat makan roti wholemeal bagi menggantikan roti biasa yang banyak karbohidrat


Saya seorang ahli gerakan Islam.
Tujuan kewujudan manusia ialah untuk beribadah kepada Allah dan mentaatinya. Juga, Allah ciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Khalifah ialah wakil tuhan di bumi, yang mana kita semua perlu sama-sama jaga agama Allah (menasihati manusia lain, berdakwah, memberi kesedaran Islam dll), dan menjaga kesejahteraan di bumi. Tugas yang besar ini tidak mungkin dapat dilakukan berseorangan. Dan kerana itulah, aku berintima' dengan gerakan Islam. Tanggungjawabnya besar, sejajar dengan ganjarannya yang juga besar. Moga aku terus istiqamah di jalan ini. Sahabat-sahabat, doakan.


Saya sibuk!
Sejak kecil hingga sekarang, aku memang sukakan masa yang terisi. Sangat jarang untuk aku biarkan masa berlalu tanpa melakukan apa-apa. Mungkin kerana itu, aku tidak suka menonton televisyen. Waktu makan pun aku tidak boleh hanya duduk makan. Jika tidak berbual, aku akan makan sambil membaca buku. Dikurniakan pekerjaan yang baik dan dipilih Allah untuk menyumbang kepada Islam, jadual aku tidak kosong seperti dulu lagi, malah menjadi sangat-sangat padat. Kesibukan sekarang aku anggap sebagai nikmat yang Allah berikan agar aku tidak sempat berfikir keburukan orang lain atau melakukan maksiat kepada Allah.

Namun, jadual yang padat itu harus aku susun sebaiknya, agar hak-hak kepada yang berkenaan tidak terabai.

Hak terhadap suami: melayan dan menggembirakan suami, menyediakan pakaian, memastikan tempat tinggal bersih dan selesa, menyediakan makanan sihat.

Hak terhadap jiran: bertegur sapa, sedekah, senyum, ziarah.

Hak terhadap ibu bapa: menghubungi mereka, menggembirakan mereka, menziarahi mereka.

Tidak dilupakan, hak terhadap tubuh badan. Jangan kerana sibuk, kita skip meal. Jangan kerana sibuk, kita makan maggi atau beli makanan segera. Juga, kurangkan makan di restoran kerana kita tak mampu kawal penggunaan minyak, garam, gula dan MSG yang diletakkan. Paling baik, masak sendiri kerana kita boleh pilih nak masak dengan cara bagaimana (sebaiknya bakar dan elakkan goreng), kita dapat elakkan makanan bersantan, juga dapat kurangkan garam dan gula.


Saya dan Herbalife.
Jadual yang terlalu padat, dan pilihan makanan sarapan pagi yang tidak sihat di gerai-gerai menjadi sebab utama aku mula mengambil Shake Herbalife. Pada awalnya, aku agak skeptik kerana aku sangat tidak sukakan supplement seperti pil-pil yang memberikan zat kepada badan. Bagi aku, zat seperti vitamin, fiber dan zat besi paling baik jika kita ambil dari sumbernya yang sebenar seperti sayur dan buah-buahan. Namun, kerana kesibukan, aku mula menggantikan sarapan pagi dengan shake Herbalife.

Dalam fikiran, Shake Herbalife ini tentunya lebih baik daripada nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng yang menjadi menu di gerai sarapan pagi. Nak masak, tidak sempat lagi kerana perlu ke sekolah seawal jam 6.30 pagi. Suami turut bersetuju untuk minum shake setiap pagi kerana memikirkan sarapan pagi lain yang jauh tidak sihat berbanding shake ini.

Kini, aku mula menceburi bisnes Herbalife. Dengan misi berkongsi alternatif sarapan sihat untuk orang-orang sibuk seperti aku. Di Kuala Lumpur terutamanya, orang keluar bekerja seawal 7 pagi. Dengan kesibukan menguruskan persekolahan anak-anak dan mengharungi jalan jem, tentunya ramai yang tidak sempat menyediakan sarapan pagi seperti aku. Bagi yang berminat untuk berubah kepada sarapan sihat dengan Herbalife, boleh hubungi aku.

Shake Herbalife dengan perasa Vanilla, Tropical Fruit, Strawberry dan Chocolate.  TIada dalam gambar, perasa Capucino.  








"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.