Pages

Subscribe:

Wednesday, 5 December 2012

Sarapan dengan nasi lemak?

Nasi lemak ialah makanan sarapan pagi yang paling disukai oleh rakyat Malaysia. Aku pun suka sangat nasi lemak, lagi-lagi dengan sambal mama atau mak (mak mertua). Memang boleh tambah nasi 2 kali.

Di bawah ialah kiraan kalori bagi sepinggan nasi lemak ayam dengan separuh telur rebus.



Jumlah kalori nasi lemak ayam + telur separuh ialah 925.1!! banyak nyaaaa... Serius aku terkejut lepas lihat pengiraan ini. Horror! Tak pelik kalau kita makan nasi lemak hari-hari dan susah nak turunkan berat badan.

Tuesday, 4 December 2012

Senaman untuk membesarkan payudara

Jika anda selalu baca majalah-majalah kesihatan, memang ada beberapa jenis senaman yang fokus untuk pemulihan di sesuatu bahagian badan.

Ada senaman untuk mengecilkan lengan, mengempiskan perut dan lain-lain.

Antara lain, ada juga senaman untuk membesarkan payudara. Saya ambil ni daripada website Kevin Zahri, seorang fitness coach yang terkenal.

Senaman ni senang, mudah dan boleh dilakukan di rumah. Cuma sebaiknya anda beli dumbell untuk membantu senaman. Tak mahal pun dumbell ni, RM10 sahaja untuk berat 2 lb.

Senaman sebegini lebih baik dan murah berbanding membeli koset yang berharga ribuan ringgit, krim membesarkan payudara dll produk.

dan tentu sekali ianya selamat kerana ia cara natural.

Kenapa senaman ini berkesan:

"Payudara diperbuat daripada tisu lemak yang duduk di atas otot pectoral. Dengan lakukan senaman tertentu, kita dapat merangsangkan tumbesaran otot pectoral tersebut untuk membesar atau meninggikan kedudukan payudara"

Kevin Zahri

Untuk melihat apakah senaman tersebut, klik link ini --> KLIK

Senaman ni, perlu istiqamah buat setiap hari. Tak lama masa yang diambil, hanya 5-10 minit. Sambil baring-baring di katil, ambil dumbell dan mulakan senaman.

Kalau anda lelaki, tak payah klik ye. Sebab gambar dalam ni tak menutup aurat. Jaga pandangan.

Monday, 3 December 2012

Honey roasted Peanut.

Semalam ke kedai lalu ternampak kacang tanah yang besar dan bugar dan sudah dibuang kulit. Teringat honey roasted peanut yang dijual dalam paket kecil di stesyen minyak Petronas, yang mana ianya agak mahal. RM2.50 untuk 100g!! @_@

Benda senang, rugi beli. Baik buat sendiri. Maka aku beli beli 2 paket kacang tanah.

Balik rumah, google di internet, lalu berjumpalah dengan resipi mudah ini.
Resepi diambil dari website ini --> KLIK

Bahan-bahan: 
3 cawan kacang tanah.
2 sudu butter
3 sudu madu
secubit garam

Salad udang dan mangga

Pertama kali lihat resepi salad ini dalam majalah Nur, terus tertarik untuk mencubanya. Mungkin kerana gabungan warna yang cantik. huhu

Hari ini aku cuba buat salad ni, memang sedap. Rasa manis-manis mangga, udang dan sayur-sayuran serta sedikit rasa masam daripada perahan lemon.


Salad yang sudah siap. Sungguh berwarna-warni. Dan sedap! Try it

Bahan-bahan: 
*udang (buang kulit)
*capsicum kuning (potong dadu)
*brokoli
*carrot (potong dadu)

1 biji mangga (potong dadu)
1/2 tomato (potong dadu)
2 sudu air perahan lemon
4 sudu minyak zaitun
secubit garam

Langkah-langkah: 

Carrot, brokoli dan capsicum yang dikukus
1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam pengukus. Kukus selama 5 minit.
2. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul dengan jus lemon, minyak zaitun dan garam.

SIAP!! senang kan? Ambil masa kurang 15 minit untuk disediakan. Kami biasa makan gitu je.



Malas macam mana pun, tak pandai masak macam mana pun, pasti boleh buat salad ni. heee. (memang tu semua ciri aku. Tambah aku suka sayur, maka memang salad la selalu masak)

Ps: Nak tambah sotong pun boleh. Rebus sotong, kemudian potong sikit. Gaul bersama semua bahan di atas.













"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.

Friday, 30 November 2012

Promosi Disember 2012

Alhamdulillah, setelah 2 minggu guna clarifying mask dan scrub Herbalife, saya sudah yakin untuk mempromosikannya :)

Satisfied with the products. Lepas pakai clarifying mask, kulit jadi kurang berminyak dan pori-pori mengecil.  (aku jenis kulit berminyak ye. huhu). Aku juga akan share website orang lain (website orang yang cuba dan bukan distributor Herbalife) yang turut mencuba dan membuat review tentang produk penjagaan kulit Herbalife. Berminat? Kena baca entri ni sampai habis :)

Maka, membuat keputusan untuk buat promosi terhadap semua produk penjagaan kulit muka Herbalife untuk bulan ini.

Diskaun 42% untuk semua produk penjagaan kulit.Wow!!  Tetapi, untuk bulan ini saja. Promosi untuk korang cuba produk ini. Ye la kan, duk tengok testimoni orang, mana nak sama dengan kulit sendiri. Kena cuba sendiri baru tahu adakah ianya bagus atau tidak kan.

Maka, bagi sesiapa yang nak mula cuba, inilah masanya! So, don't miss this promotion! Once you decide which product to try, sms me at: 013-3213273


Wednesday, 28 November 2012

Boleh ke ambil Tea Mix sahaja?

"Boleh turunkan berat ke ambil Tea Mix sahaja dan tak ambil shake Herbalife?"

Soalan ini kerapkali ditanya kepadaku. Jawapan yang biasa aku berikan ialah, "Boleh. Dengan syarat, kurangkan pengambilan kalori harian dan amalkan pemakanan seimbang."

Bagi yang belum tahu tentang cara Herbalife bantu turunkan berat badan, lihat bawah.


Inilah cara Herbalife boleh bantu turunkan berat badan. Ianya meal replacement yang rendah kalori dan penuh zat.

Tuesday, 27 November 2012

Masalah kulit muka

Bercakap tentang masalah kulit, tentu ramai yang tidak percaya, yang aku turut mengalami masalah kulit semasa di tingkatan 4 (kalau tak silap. lupa dah).

Pipi penuh jerawat dan berminyak sepanjang masa. Aku cuba berbagai-bagai pencuci muka dan krim, tetapi hampa.

So, waktu aku di sekolah menengah tu, aku memang banyak baca artikel-artikel tentang penjagaan kulit muka, sama ada di majalah atau internet. Antara cadangan yang aku masih ingat ialah
1. Guna bahan natural. Back to basic
2. Pastikan makan banyak sayur (sangat digalakkan carrot, tomato, cucumber)

Lepas tu, aku google petua mengurangkan jerawat dengan bahan-bahan natural dan dari situ aku dapat beberapa resipi masker untuk kulit berminyak dan berjerawat. Antara masker kegemaran aku masa sekolah dulu ialah masker daun pegaga dan hirisan tomato.

Bedak sejuk. Letak gambar, kot2 ada yang
tak pernah tengok kan. Huhu. 

Masker pegaga:
Tumbuk daun pegaga dengan lesung hingga lumat. Masukkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air. Jadikan pes dan tampal pada seluruh wajah. 

daun pegaga. Orang biasa makan buat ulam.
Mama selalu blend buat jus. Memang sangat
bagus untuk kesihatan. Baik juga untuk kulit muka.
Ada dijual di pasar tani.

Monday, 26 November 2012

Strawberry shake recipe

Hari ini, aku buat shake strawberry. Sudah lama nak cuba resipi yang ini. Baru hari ini berkesempatan.

Kebetulan singgah ke kedai hari ini, lalu ku capai sebiji dragon fruit dan satu plastik epal fuji.

Baik. Berbalik kepada resipinya:


Bahan-bahan: 
2 biji epal
separuh dragon fruit.
air perahan dari satu biji limau nipis
2 sudu sunquick
1 sudu Formula 1 Strawberry Herbalife.

Sunday, 25 November 2012

Jus Epal

Semalam, buka peti ais untuk ambil epal. terlihat satu biji epal sudah hampir rosak. Separuh dah rosak, tetapi separuh lagi masih elok. 

Sayang nak buang, maka aku membuat keputusan untuk menggunakan bahagian yang masih elok untuk membuat jus epal. 
Epal yang dipotong selepas dibuang bahagian yang kurang elok. 

Bahan-bahan:
2 biji epal fuji
3 biji tomato ceri (kalau tiada, letak hirisan tomato biasa pun boleh)
2 inci carrot. 
air perahan dari dua biji limau nipis
dua sudu besar sunquick.

Wednesday, 7 November 2012

Herbalife. How it works?


Kenapa anda gemuk?

1. Metabolisma rendah. Pembakaran lemak perlahan.
2. atau anda ambil jumlah kalori melebihi keperluan badan.

dan Herbalife shake mengatasi kedua-dua masalah itu.

Baiki Metabolisma badan.
Ambil shake Herbalife 

Badan terima zat lengkap untuk badan (55 zat, 18 asid amino dan fiber)

Badan akan mula berfungsi dengan baik. Masalah pada tubuh badan diperbaiki. 

Metabolisma diperbaiki

Pembakaran lemak berlaku pada kadar sepatutnya. 


Pada kadar sepatutnya bermaksud:

Jika gemuk, badan akan mula bakar lemak lebih cepat.

Jika terlalu kurus, badan akan bakar lemak lebih perlahan.



Bekalkan kalori yang rendah kepada badan.

Satu shake membekalkan 220 kalori (2 sudu Formula 1 Herbalife + susu segar/ soya). Dan ia sangat berzat juga.

Kalori rendah, tetapi masih mengenyangkan dalam masa yang agak panjang. Untuk tahan lapar lebih lama, boleh tambah 1 sudu Formula 3 (Whey Protein Powder)


Jika anda makan 230g nasi lemak, badan menerima 389 kalori.

Dengan hanya menggantikan sarapan pagi anda dengan shake Herbalife, anda sudah dapat kurangkan 169 kalori dalam sehari. Kerana itu, anda memang akan lihat kesannya terhadap badan walaupun hanya mengambil shake sekali sehari.

1 keping roti canai mempunyai 356 kalori. Itu baru satu keping. Bagaimana jika kita makan dua keping roti canai untuk sarapan?

2 keping roti canai = 712 kalori. Bayangkan betapa banyak badan menerima lebihan kalori. Dan lebihan kalori yang tak digunakan ini akan tersimpan sebagai lemak di dalam badan.

Maka, perhatikan pemakanan anda. Sedap, tapi jangan diambil selalu.


Saya diet, tetapi berat masih tak turun. 
Diet = mengurangkan kalori yang perlu diambil oleh badan. Anda dah cater satu bab. Tetapi bagaimana jika metabolisma badan anda rendah? Pembakaran lemak masih rendah.

Maka, di sini Herbalife membantu orang yang mempunyai masalah seperti ini. 


Jika ingin tahu lebih lanjut, tentang harga, pengambilan shake untuk lose weight program atau healthy breakfast, boleh PM saya di FB.










"Busy but healthy."
For more information on how to stay healthy or have a free body composition measurement, contact me via FB message. Click HERE.